Tuesday, February 2, 2010

[ INFO ]

Sempena majlis Malam Anugerah Kolej Kediaman 2010 yang akan berlangsung pada 10 April 2010 ini, Pusat Harian Kanak-Kanak Sepastik telah diundang untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Pusat Harian Kanak-Kanak Sepastik ini diundang khas dari Ipoh yang mana terdiri daripada golongan anak-anak yatim, kanak-kanak spastik dan juga kanak-kanak kurang upaya. Tujuan mereka diundang adalah untuk mengutip dana sebagai menyokong usaha pusat kebajikan ini untuk membantu golongan miskin, kurang upaya dan spastik. Pusat kebajikan ini memerlukan sumbangan untuk menambahkan lagi ruang belajar serta bilik terapi bagi menjamin keselesaan dan kemudahan kepada kanak-kanak istimewa tersebut. Selain itu, pusat ini masih memerlukan beberapa peralatan logistik terapi seperti kerusi roda, walking aids, parallel bar, tandas khas serta lain-lain peralatan.

Semoga kedatangan mereka akan memeriahkan lagi suasana 'melodious night of pure snow' dengan persembahan yang mantap daripada mereka. Apa yang paling penting adalah sumbangan yang berjaya dikutip pada malam tersebut, yang mana akan digunakan untuk kebaikan golongan istimewa tersebut.


Antara wajah-wajah penghuni pusat kebajikan ini

Wakil daripada Makk bergambar bersama seorang kanak-kanak istimewa

bermesra bersama kanak-kanak yang menghuni pusat tersebut

suasana ruang pembelajaran mereka

No comments: